Sepi
Assalamualaikum...
Wah,wah..intro dengan bagi salam dulu. Cam best je,kn?hehe..Bagi salam tu kan sunat, jawab salam tu wajib. So, jawab jangan tak jawab. Apa yang aku merepek meraban tak tentu pasal plak ni?
Ermmm..apa yang aku nak kongsi kali ni plak ye? Sepi??Kenape aku letak title SEPI ni? Adakah aku ingin cite pasal filem Sepi?Oh, tidak..Aku ingin citer tentang diriku yang tengah kesepian dan keseorangan di kolej ketika ini. Kawan2 ramai yang dah balik kampung dan bergumbira dengan family tercinta. Tapi, aku masih disini..bertungkus lumus menyiapkan tesisku yang ntah bila dapat siap..huhu.. Memang menyedihkan. Lebih2 lagi memikirkan mak dan ayah di kampung. Tinggal adik bongsu aku yang Form 4 tu je bersama2 mak n ayah. Abang2 ku sume dah berhijrah membina kerjaya memasing. Aku plak masih di UKM. Adik pompuan aku di Kuantan.
Bercakap mengenai mak dan ayah, aku terpanggil untuk berkongsi kisah hidup aku selama 21 tahun dilahirkan ke dunia ni.Kesian aku memikirkan mak dan ayah yang selama ni bekerja keras membanting tulang, memberi sepenuh kasih sayang buat kami adik beradik. Bila kami adik beradik dah dewasa, tak dapat luangkan masa bersama mak ayah kerana mengejar cita-cita. Tetapi, mereka tidak pernah mengeluh. Hanya telefon yang jadi penghubung antara kami sekeluarga. Dapat dengar suara pun jadi la,kn?Dah lima bulan aku tak balik kampung. Rindu sangat kt kampung halaman.
Oklah, untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai aku..kita jumpa for the next posting.
Jumpa lagi..tata..


No comments:
Post a Comment