Mari memasak
Assalamualaikum..
Yaa.. untuk segmen kali ini, aku ingin berkongsi resepi dengan anda semua. Resepi diambil dari laman web mana ntah yang aku dah lupa alamat webnya..Apakah resepinya? Sambal Ikan Bilis Goreng Belimbing Buloh...Fuhhh..punya la panjang tajuk resepi ni. First time aku makan sambal ni semasa aku berkunjung ke Lipis menghabiskan hari mingguku di rumah ehemm..ehemm..
Sodap jugak sambal ni. Yanie yang ajar aku makan. Kat tempat aku di Kedah nun tak penah makan. Ntah la..mungkin ada tp, aku yang jakun tak penah jumpa..hehe..
Kat bawah ni resepinya:
Sambal Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
Segenggam Ikan bilis sederhana besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi ( ikut suka )
kicap secukupnya
2 sudu belimbing buluh ( berwarna coklat / hitam )
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
Basuh ikan bilis dan toskan .
Kemudian tumbuk sederhana lumat dan asingkan ( Bahan A ).
Tumbuk cili padi , bawang merah , bawang putih dan belimbing buluh hingga lumat ( Bahan B ). Panaskan minyak dan masukkan bahan B serta goreng hingga kekuningan .
Kemudian bahan A , kicap serta garam .
Goreng hingga garing .
Angkat dan hidangkan .
Cadangan Hidangan:
Sambal ini dikenali juga sebagai sambal hitam .Ia boleh dimakan dengan nasi panas , roti canai dan lain - lain sebagai bahan pencecah .
Tambahan:
Buah belimbing buluh direbus dulu hingga hitam keperangan .Dikenali sbg asam belimbing buluh .
SELAMAT MENCUBA


4 comments:
kt umah saper tue?ummah i ker?ble tue ea...ummmmmuuuuaaaaaahhhhh!!!!
bukan umah u..jiran blkg umah u la..hehe
no komen
lorrrrr...ingat umah i...
Post a Comment