Wednesday, June 17, 2009
Wednesday, June 10, 2009
My Heart Will Go On

Every night in my dreams
Near far wherever you are
Love can touch us one time and last for a lifetime
You're here, there's nothing I fear
Tuesday, June 09, 2009
Aku Kekasih Orang
Ku jalan sendiri tiada tempat
Si Comel
Taugeh oh Taugeh
Nyam..nyammm..cam best je..Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai taugeh. Taugeh pelukis komik tu ke?Bukan..bukan..Sayur taugeh yang yang murah dan selalu orang tak pandang sgt. Kenapa org tak pandang taugeh? Sebab taugeh ni kecik ke? murah?xde nilai?
Untuk pengetahuan korang, taugeh ni wlaupun dipandang sebelah mata oleh sesetengah orang ataupun orang tak pandang langsung, ada byk kelebihan. Yelah, dok celah2 mee goreng je, mana nk nampak,kn?Orang lagi nampak mee tu dari taugeh. Kalau nampak taugeh dalam mee tu pun, boleh plak diasing-asingkan taugeh dari mee tu. Mee masuk mulut, taugeh masuk tong sampah.Ish..ish..apa la nasib taugeh ni,kn?Hidup untuk masuk tong sampah je,kn?
Ok la..tak nak la melalut panjang2. Sebenarnya aku nk citer pasal kepentingan taugeh ni. Apa yang pnting sangat ni?Antara soal hidup dan mati ni. Taugeh ni boleh menyelamatkan kita tau.
Kat sini nak kongsi sikit mengenai khasiat taugeh yang aku ambik dari satu laman web.
Menurut sumber dari laman web tersebut:
- Tauge mengandungi banyak serat dan air, yang dapat membantu membersihkan kotoran dalam usus besar, sehingga bermanfaat mengurangi kemungkinan zat-zat beracun terserap oleh tubuh.
- Serat juga efektif untuk mengikat lemak dan kelesterol, dan membuangnya bersama kotoran.
- Kandungan kalsium yang tinggi dalam kecambahkacang hijau itu sangat baik untuk kesihatan jantung.
- Estrogen alami yang terdapat dalam tauge juga secara nyata dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah tulang osteoporosis.
- Institute of Food Research (IFR) di England menemukan dalam tauge dan kol ada sejenis zat yang sangat ampuh untuk menekan risiko kanser usus. Zat ini terbukti dapat membunuh sel-sel ganas penyebab kanser usus sekaligus dapat menghentikan penyebarannya. Untuk menghindari kanser usus, sebaiknya pengambilan/memakan tauge 2 hingga 3 kali dalam seminggu.
Sunday, June 07, 2009
Gadis Melayu Special Edition
Saturday, June 06, 2009
Mari memasak
Assalamualaikum..
Yaa.. untuk segmen kali ini, aku ingin berkongsi resepi dengan anda semua. Resepi diambil dari laman web mana ntah yang aku dah lupa alamat webnya..Apakah resepinya? Sambal Ikan Bilis Goreng Belimbing Buloh...Fuhhh..punya la panjang tajuk resepi ni. First time aku makan sambal ni semasa aku berkunjung ke Lipis menghabiskan hari mingguku di rumah ehemm..ehemm..
Sodap jugak sambal ni. Yanie yang ajar aku makan. Kat tempat aku di Kedah nun tak penah makan. Ntah la..mungkin ada tp, aku yang jakun tak penah jumpa..hehe..
Kat bawah ni resepinya:
Sambal Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
Segenggam Ikan bilis sederhana besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi ( ikut suka )
kicap secukupnya
2 sudu belimbing buluh ( berwarna coklat / hitam )
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
Basuh ikan bilis dan toskan .
Kemudian tumbuk sederhana lumat dan asingkan ( Bahan A ).
Tumbuk cili padi , bawang merah , bawang putih dan belimbing buluh hingga lumat ( Bahan B ). Panaskan minyak dan masukkan bahan B serta goreng hingga kekuningan .
Kemudian bahan A , kicap serta garam .
Goreng hingga garing .
Angkat dan hidangkan .
Cadangan Hidangan:
Sambal ini dikenali juga sebagai sambal hitam .Ia boleh dimakan dengan nasi panas , roti canai dan lain - lain sebagai bahan pencecah .
Tambahan:
Buah belimbing buluh direbus dulu hingga hitam keperangan .Dikenali sbg asam belimbing buluh .
SELAMAT MENCUBA
Sepi
Assalamualaikum...
Wah,wah..intro dengan bagi salam dulu. Cam best je,kn?hehe..Bagi salam tu kan sunat, jawab salam tu wajib. So, jawab jangan tak jawab. Apa yang aku merepek meraban tak tentu pasal plak ni?
Ermmm..apa yang aku nak kongsi kali ni plak ye? Sepi??Kenape aku letak title SEPI ni? Adakah aku ingin cite pasal filem Sepi?Oh, tidak..Aku ingin citer tentang diriku yang tengah kesepian dan keseorangan di kolej ketika ini. Kawan2 ramai yang dah balik kampung dan bergumbira dengan family tercinta. Tapi, aku masih disini..bertungkus lumus menyiapkan tesisku yang ntah bila dapat siap..huhu.. Memang menyedihkan. Lebih2 lagi memikirkan mak dan ayah di kampung. Tinggal adik bongsu aku yang Form 4 tu je bersama2 mak n ayah. Abang2 ku sume dah berhijrah membina kerjaya memasing. Aku plak masih di UKM. Adik pompuan aku di Kuantan.
Bercakap mengenai mak dan ayah, aku terpanggil untuk berkongsi kisah hidup aku selama 21 tahun dilahirkan ke dunia ni.Kesian aku memikirkan mak dan ayah yang selama ni bekerja keras membanting tulang, memberi sepenuh kasih sayang buat kami adik beradik. Bila kami adik beradik dah dewasa, tak dapat luangkan masa bersama mak ayah kerana mengejar cita-cita. Tetapi, mereka tidak pernah mengeluh. Hanya telefon yang jadi penghubung antara kami sekeluarga. Dapat dengar suara pun jadi la,kn?Dah lima bulan aku tak balik kampung. Rindu sangat kt kampung halaman.
Oklah, untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai aku..kita jumpa for the next posting.
Jumpa lagi..tata..



